Kes penderaan terhadap kanak kanak,wanita dan pembantu rumah,sejak diakhir akhir ini kian menjadi jadi. statistiknya makin terus meningkat dari masa ke semasa. Nilai kasih sayang dan keperihatinan sesama kita semakin pupus sehinggakan kejadian yang berlaku didepan mata hanya dipandang remeh dari orang disekiling kita. Alasan-alasan yang selalu kita dengar ialah "kami tak mahu jaga tepi kain orang". Jadi persoalannya,adakah pemikiran sebegitu adalah betul ? Mungkin ya kerana ia tidak berlaku pada diri sendiri,tetapi bagaimana pula jika penderaan atau pembunuhan atau perkosaan itu berlaku kepada diri kita atau keluarga kita yang amat kita sayangi. Tapi kes-kes sebegini jarang dilaporkan mungkin disebabkan masyarakat tidak tahu dimana kes ini harus diajukan.
Menyedari dari kelemahan ini pihak-pihak berkuasa telah mengambil inisiatif memperkenal perkhidmatan talian yang boleh membantu mempermudahkan perkara - perkara berikut selain tindakan pantas dapat diambil. Talian teledera telah mula beroperasi semenjak tahun 1992. Talian yang beropereasi selama 24 jam ini membolehkan orang ramai untuk melaporkan kes penderaan dan mangsa penderaan. Namun pada 15 january 2010, talian teledera 1-800-88-3040 di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah ditamatkan untuk diselaraskan dengan penggunaan Talian Nur 15999 sebagai talian utama aduan awam di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Talian Nur ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti yang cepat, tepat dan berkesan menerusi panggilan telefon. Talian ini juga berfungsi sebagai “single point of contact” kepada semua pelanggan Kementerian dan jabatan/agensi di bawahnya untuk mengemukan pertanyaaan dan aduan selain mendapatkan bantuan. Talian nur bukan sahaja menyediakan perkhidmatan bagi kes-kes dera sahaja tetepi turut menyediakan perkhidmatan bagi menangani kejadian kecemasan berkaitan kebajikan dan kemasyarakatan yang lain.
Antara perkhidmatan kecemasan dan pertanyaan yang diberikan oleh talian nur selain penderaan ialah pengabaian,keganasan rumah tangga,masalah juvana/kanak -kanak, kemiskinan, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), skim bantuan Kebajikan, kaunseling, kesihatan Reproduktif, perkhidmatan KPWKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Institut Sosial Malaysia (ISM), dan pelbagai lagi), maklumat umum tentang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, talian kanak-kanak (Childline) dan isu penderaan pembantu rumah.
Sejak talian ini diperkenalkan, masyarakat menjadi lebih prihatan terhadap kes-kes yang membabitkan keganasan dan penderaan yang berlaku disekiling. Lebih-lebih lagi yang melibatkan kanak kanak. Sejak ia ditubuhkan, talian Nur telah menerima beribu-ribu panggilan berkaitan bantuan,aduan dan juga pertanyaan dari pada orang ramai. Jadi,saranan saya jika anda melihat perkara ini berlaku,maka bersegeralah menghubungi talian nur di talian 15999 untuk membuat aduan kes kes penderaan atau sebagai nya atas kanak-kanak kerana masih banyak juga kes-kes yang belum dilaporkan kerana disebabkan pelbagai macam faktor.
DITULIS KHAS UNTUK KELAB BUDI PENYANYANG
DITAIP OLEH ERMA SYAMIMI ( ^_ ^)_V